3 Sebab Kenapa Cikgu Cantik Perlu Mengajar Kelas Bawah

3 Sebab Kenapa Cikgu Cantik Perlu Mengajar Kelas Bawah : Cikgu cantik yang penuh package dengan pandai mengajar sangat diperlukan untuk mengajar pelajar-pelajar kelas bawah ataupun kelas 'bermasalah'. Ini kerana, pepatah melayu ada mengatakan "dari mata turun ke hati". Apabila mata pelajar telah dipikat dengan cikgu cantik, hati mereka akan terbuka untuk menerima pengajaran tersebut. 

1. Menambat mata pelajar seterusnya menambat hati mereka untuk kekal di dalam kelas
: Ini kerana, kebanyakan pelajar kelas bawah memang suka ponteng kelas. Apabila cikgu cantik masuk ke kelas, kemungkinan besar pelajar2 ini tidak akan keluar dari kelas atas alasan sayang nak lepas mata dari melihat cikgu cantik. Bagi pelajar perempuan pulak, kemungkinan mereka akan tertarik dengan gaya cikgu cantik yang style dan up to date. Jadi, apabila pelajar tidak ponteng kelas, pengajaran akan berlangsung dengan meriah. Walaupun pelajar mungkin tidak faham atas apa yang diajar oleh guru, sekurang-kurangnya mereka akan mendengar dan tak mustahil apa yang didengar itu akan kekal di ingatan mereka. 

2. Meningkatkan konsentrasi pelajar di dalam kelas
: Cikgu cantik yang bijak berkata-kata akan meningkatkan konsentrasi pelajar semasa pengajaran. Lagi-lagi kalau cikgu cantik tersebut bijak berkomunikasi dengan pelajar, confim pengajaran akan meresap ke dalam otak mereka ! Ini kerana, apabila mata sedap memandang, hati pun senang menerima walau apa pun yang dikata. 

3.  Kemahiran bertanya pelajar akan meningkat
: Walaupun kemungkinan pelbagai soalan yang ditanya tiada kaitan dengan pelajaran, penguasaan kemahiran bertanya ini yang penting. Apabila bertanya, sel-sel otak pelajar telah berhubung. Pelajar akan menggunakan pelbagai teknik soalan untuk menarik perhatian cikgu cantik. Soalan yang menarik yang akan dijawab oleh cikgu cantik. Ini seterusnya akan menjadikan pelajar lebih kreatif dalam mengolah soalan. 


Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
PCL
admin
12 May 2014 at 09:43 ×

ada betulnya tu ; sy setuju tp cikgu cantik kena lah ikhlas mengajar ilmu baru lah ilmunya mendapat berkat sepanjang hayat murid2 tersebut....

Reply
avatar
farahiyah
admin
12 May 2014 at 16:21 ×

To jgn la smpai mcm nk pergi kenduri

Reply
avatar