PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan

PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan

Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :

1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh. 
: Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal perlulah ada :
  • sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian
  • senarai rujukan
  • gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  • Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. 
  • Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
  • Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh. 

Tempoh masa yang diberi adalah dari 1 hingga 18 Julai 2014. 
Previous
Next Post »